8 December 2011

Jom Amalkan Cara Hidup Sihat....

 



Makan Secara Sihat 
Meningkatkan Produktiviti

  • Makan Pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid makanan Malaysia.
  • Sesuaikan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal anda untuk mencapai berat badan yang disarankan.
  • Makan buah dan sayur setiap waktu makan.
  • Makan bijiran penuh, legum, kekacang dan biji-bijian sebagai sebahagian makanan harian anda.
  • Had dan kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
  • Pilih makanan dan minuman yang kurang gula.
  • Pilih tempat makan yang bersih dan makanan yang selamat.

Pupuk Minda Sihat 
dengan menangani stres Amalkan 10B


  1. Bertenang 
  2. Bernafas dengan Dalam.
  3. Berkata : Relakslah....
  4. Beribadat
  5. Bercakap dengan Seseorang
  6. Berurut
  7. Berehat dan mendengar muzik
  8. Beriadah
  9. Bersenam 
  10. Berfikiran positif






Lakukan Aktiviti Fizikal 

  • Sebanyak mungkin lakukan aktiviti fizikal ditempat kerja dan rumah seperti naik tangga, berjalan, berbasikal, lakukan kerja rumah, berkebun dan berjalan ke pejabat.
  •  Lakukan aktiviti aerobik atau sukan rekreasi 3-5 kali seminggu untuk sekurang - kurang 20-30 minit setiap sesi. 
  • Lakukan senaman untuk fleksibiliti, kekuatan otot dan daya tahan otot 2-3 kali seminggu seperti regangan, tekan tubi, bangun tubi dan angkat berat.
  • Kurangkan aktiviti yang tidak aktif seperti menonton tv terlalu lama, tidur berlebihan dan hidup sedentari.



Bertekad, Berazam....
Berhentilah Merokok

  • Beritahu keluarga dan kawan - kawan keputusan anda untuk berhenti merokok. Sokongan mereka akan memudahkan niat anda.
  • Buang semua rokok, mancis, pemetik api dan bekas habuk rokok.
  • Lakukan hobi atau kegiatan luar seperti berenang, berbasikal, berjalan dan joging untuk memenuhi masa lapang anda.
  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh merangsang anda untuk merokok.
  • Belajar untuk menolak tawaran merokok dari kawan - kawan.
  • Makan lebih sayur - sayuran dan buah - buahan.
  • Sekiranya anda rasa gian untuk merokok, tarik nafas panjang - panjang untuk menenangkan fikiran atau minum air sejuk @ mandi.






              Elak Kemudaratan Alkohol


  • Kebergantungan terhadap alkohol.
  • Kecederaan akibat kemalangan seperti kemalangan jalan raya, jatuh, lemas.
  • Kecederaan dengan niat seperti keganasan, bunuh diri dan pembunuhan.
  • Toksik kepada organ badan seperti penyakit hati dan penyakit kardiovaskular.
  • Kemurungan atau keresahan.
  • Kecenderungan kepada penyalahgunaan substans.
  • Kematian berkaitan kemudaratan alkohol seperti kecederaan, penyakit kardiovaskulardan kanser.